Isnin, 4 November 2013

resepi masak lemak cili api cendawan



BAHAN A
20 keping cendawan tiram(dikoyakkan)
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah(dipotong kecil)
5 biji jagung muda(dipotong kecil)
2 batang serai(diketuk)
2 cawan santan(1/2 biji kelapa)
garam secukup rasa

BAHAN B ( dikisar )
10biji cili padi
3 biji bawang merah
2 inch kunyit hidup
 
CARA MEMBUAT
  1. masukkan bahan B dan serai kedalam periuk
  2. masukkan udang ,lobak merah dan jagung muda
  3. masakkan sehingga mendidih 
  4. masukkan cendawan dan santan kacau rata
  5. bila mendidih tutup api dan hidangkan.
 
~SELAMAT MENCUBA~

resepi ayam masak padang



BAHAN A
1 ekor ayam(dibuang kulit dan dipotong kecil)
5 helai daun limau purut(dicarik halus)
2 batang serai diketuk
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
2 biji tomato dibelah empat
1 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

BAHAN B(dikisar)
10biji cili api
20 tangkai cili kering
3 inch halia
3 inch lengkuas
2 inch kunyit hidup
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras 

CARA MEMBUAT
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan serai yang diketuk
  2. apabila sudah naik minyak,masukkan ayam dan biarkan seketika
  3. masukkan santan,daun limau purut,tomato dan asam gelugur
  4. biarkan masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak
  5. hidangkan dengan nasi putih ,nasi minyak ,roti atau roti jala.

~SELAMAT MENCUBA~

resepi daging singgang



BAHAN - BAHAN
500gram daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
4inch lengkuas
3inch kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis 
10 biji cili padi 
garam dan air secukup rasa
CARA MEMBUAT
  1. daging dihiris nipis
  2. ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar
  3. masukkan kesemua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
  4. masakkan sehingga danging empuk
  5. masukkan garam dan cilli padi secukup rasa
    6.hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan 

    ~SELAMAT MENCUBA~